Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin Kimball Sos Pasta Ayam-nara
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Kuning Kecil, Dihiris
- 2 Batang Serai, Dilebam
- 1 Biji Tomato Saiz Sederhana, Dihiris
- 2-3 Keping Daun Limau Purut
- 2 ½ Sudu Besar Pes Tom Yam
- 6 Ekor Udang Kecil
- 200g Lala
- ½ Cawan Air
- 1 Ekor Sotong Saiz Sederhana, Dibersih Dan Dihiris Cincin
- 60g Cendawan Tiram, Dihiris
- 1 Sudu Besar Jus Limau Nipis
- 15g Gula Melaka
- 2 Tangkai Daun Ketumbar Untuk Hiasan
Cara-caranya
- Panaskan minyak, kemudiannya tumis bawang, serai, tomato dan daun limau purut sehingga wangi.
- Masukkan pes tom yam dan terus goreng sehingga harum. Tambahkan udang dan lala, kacau sehingga pes sebati.
- Tuangkan Kimball Sos Pasta Ayam-nara dan air. Biar mendidih, kemudiannya masukkan sotong dan cendawan tiram.
- Masukkan jus limau dan gula melaka untuk menyeimbangkan rasa. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar. Dihidangkan panas.
Kongsi di Facebook