Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
- 200g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung serbaguna
- 5 batang sosej, dipotong 1cm
- 200g keju cheddar, diparut
- garam, secukup rasa
- lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
- Cairkan mentega pada api kecil, masukkan tepung dan kacau sebati. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan dari api.
- Masukkan sosej, Makaroni Kimball dan separuh keju. Tambahkan garam dan lada hitam.
- Masukkan campuran ke dalam bekas kaserol. Ratakan keju selebihnya di atas.
- Bakar di dalam ketuhar pada 200°C selama 15 minit atau sehingga keju berbuih.