Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (290g) Sos Pasta Keju-nara Kimball
- 3 sudu besar Minyak masak
- 50g Bawang kuning, dihiris
- 350g Ayam salai, dipotong kecil
- 50g Kacang panjang, dipotong 1-inci panjang
- ½ cawan Susu
- ½ sudu besar Lada hitam, dikisar kasar
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kuning sehingga lembut.
- Masukkan ayam salai dan masak dengan api sederhana selama 5–6 minit sambil dikacau sekali-sekala.
- Masukkan kacang panjang dan lada hitam, kemudian teruskan memasak selama 3–4 minit lagi.
- Tuangkan Sos Pasta Keju-nara Kimball dan susu. Reneh dengan api rendah sehingga ayam empuk.
Kongsi di Facebook