Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (290g) Sos Pasta Keju-nara Kimball
- 200g Makaroni Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Mentega
- 20g Serai, dicincang
- 30g Bawang kuning, dicincang halus
- 150g Udang kecil
- ½ sudu besar Kicap manis
- ½ cawan Susu
- ½ cawan Serbuk roti
Cara-caranya
- Panaskan mentega dengan api rendah dalam kuali dan tumis serai dan bawang kuning sehingga wangi.
- Masukkan Makaroni Kimball yang telah dimasak dan gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, Sos Pasta Keju-nara Kimball dan susu. Gaul hingga sebati.
- Tuangkan campuran pasta ke dalam bekas pembakar. Taburkan serbuk roti di atasnya dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15–20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.
Kongsi di Facebook