Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin Kimball Sos Pasta Keju-nara
- 4 Ekor Ikan Kembung Saiz Serdehana, Dibersihkan
- 2 Sudu Teh Serbuk Cili
- 2 Sudu Teh Garam
- 4 Sudu Besar Minyak Masak
- 2 Keping Kepingan Asam Jawa
- 60g Bawang Merah Kecil
- 2 Ulas Bawang Putih
- 6g Kunyit
- 2 Batang Serai, Dihiris
- 2 Biji Cili Merah, Dihiris
- ½ Cawan Santan
- ¼ Cawan Air
- 2 Sudu Besar Pes Cili
- 2 Sudu Teh Pes Asam Jawa
- 2 Sudu Teh Gula Melaka
Cara-caranya
- Perap ikan dengan garam dan serbuk cili selama 5 minit. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan semua bahan untuk dikisar ke dalam pemproses makanan dan kisar hingga menjadi pes yang halus.
- Tuang pes ke dalam kuali dan biar mendidih. Rendahkan api dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan kepingan asam jawa dan masak sehingga pes menjadi pekat.
- Tuang masuk Kimball Sos Pasta Keju-nara dan biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan ikan goreng dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati. Angkat dan hidangkan.
Kongsi di Facebook