Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- ½ Sudu Besar Sos Cili Kimball
- ½ Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- Minyak Untuk Menggoreng
- 80g Bawang Besar, Didadu Kecil
- 160g Ubi Kentang, Didadu Kecil
- 2-3 Tangkai Daun Kari, Dihiris Nipis
- 200g Dada Ayam, Didadu Kecil
- 2 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
- 1/3 Cawan Air
- 16 Keping Roti
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung + Air, Kacau Menjadi Larutan Pekat
Cara-caranya
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan ubi kentang dan daun kari, goreng sehingga ubi kentang menjadi empuk.
- Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak dengan sepenuhnya. Kemudiannya, masukkan serbuk kari, Sos-Sos Kimball dan air. Biar mereneh selama 1-2 minit lagi supaya kuah menjadi pekat. Angkat dan ketepikan untuk dibiar sejuk.
- Seterusnya, ambil sekeping roti dan uli untuk meleperkannya, dan letakkan satu sudu besar inti di bahagian tengah roti. Sapukan campuran tepung jagung di sekeliling inti sebagai gam dan lipatkan roti menjadi separuh. Dengan menggunakan mulut gelas, tekan dan potong roti menjadi bentuk bulan separuh. Akhirnya, kelimkan hujung karipap dengan menggunakan garpu.
- Goreng karipap dalam minyak pada suhu sederhana sehingga menjadi warna kuning keemasan.