Masa Penyediaan

25 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 3 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 400g dada ayam, dipotong 4 bahagian sebesar burger
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 labu bawang besar, dipotong bulat
- herba Italy kering, secukup rasa
- garam secukup rasa
- 4 roti burger
- Sos Cili Kimball
- Sos Lada Hitam Kimball
- Mayonis Kimball
Cara-caranya
- Perapkan ayam dengan Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan garam selama 1 jam.
- Panaskan 1 sudu besar minyak, gorengkansebelah bahagian ayam hingga masak, terbalikkan. Anda perlu menutupnya dengan foil supaya ayam masak sempurna.
- Panaskan minyak baki dan gorengkan bawang hingga layu. Taburkan herba dan ketepikan.
- Gril roti burger dalam kuali.
- Hidangkan dengan ayam dan bawang bersama renjisan Sos Cili Kimball dan Mayonis Kimball.