Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin Kimball Sos Pasta Ayam-nara
- 180g Pasta Kimball Makaroni, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 2 Sudu Besar Mentega
- 2 Biji Bawang Merah Kecil, Dihiris Nipis
- 2 Biji Cili Padi, Dibuang Biji Dan Dicincang Halus
- 120g Udang Kecil
- 3 Sudu Besar Cincalok
- ½ Cawan Susu
- 4 Keping Keju Cheddar
Cara-caranya
- Panaskan mentega, kemudiannya tumis bawang merah dan cili padi sehingga wangi. Masukkan udang kecil dan cincalok, gaul sehingga sebati.
- Tuangkan Kimball Sos Pasta Ayam-nara dan susu. Gaul rata, kemudiannya masukkan Pasta Kimball Makaroni dan gaul sehingga sebati.
- Tuang campuran makaroni ke dalam kaserol, taburkan kepingan keju di atas ia, dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180˚C selama 5–10 minit dengan menggunakan api atas, atau sehingga keju cair. Dihidangkan panas.
Kongsi di Facebook