Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin Kimball Sos Pasta Ayam-nara
- 200g Pasta Kimball Spiral, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- 100g Sosej Ayam, Dihiris
- 2 Biji Bawang Merah Kecil, Dihiris Nipis
- 2 Biji Cili Padi, Dihiris Nipis
- 2 Batang Serai, Dihiris Nipis
- 1 Cawan Daun Selom, Dihiris Nipis
- 1 Tangkai Bunga Halia Kecil, Dihiris Nipis
- 2 Tangkai Daun Ketumbar, Dicincang Halus
- 1 Keping Daun Kunyit Kecil, Dihiris Nipis
- 4 Keping Daun Limau Purut, Dihiris Nipis
- 30g Kacang Panjang, Dihiris Nipis
- 2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
- 2 Sudu Teh Sos Ikan
- 2 Sudu Besar Gula Melaka
- ΒΌ Sudu Teh Garam
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan untuk sejuk.
- Dalam mangkuk besar, masukkan Pasta Kimball Spiral dan semua herba yang telah dihiris, kemudiannya gaul rata.
- Masukkan sosej yang telah disejukkan, Kimball Sos Pasta Ayam-nara dan bahan-bahan yang baki. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Kongsi di Facebook