Masa Penyediaan
1½ jam
Masa Memasak
30-45 minit (untuk sos), 10-12 minit (setiap hidangan)
Saiz Hidangan
60 hidangan
Bahan-bahan
- Untuk sos lada hitam:
- 1 kg Sos Lada Hitam Kimball
- 150g Sos Keju Kimball
- 100ml Minyak
- 200g Bawang besar, didadu kecil
- 4 cawan Air
- 4 cawan Krim memasak
- Untuk chicken chop:
- 60 keping Paha ayam tanpa tulang
- 100g Garam
- 100g Serbuk lada sulah
- 100g Serbuk bawang putih
- 4 kg Tepung gandum
- 30 nos Telur, dipukul dengan 2 cawan air
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Untuk sos lada hitam, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan semua sos Kimball dan air. Kacau sehingga sebati dan biar mendidih. Kemudian, masukkan krim memasak dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan ketepikan.
- Untuk chicken chop, perap ayam dengan garam, lada sulah dan serbuk bawang putih semalaman di dalam peti sejuk. Salutkan kepingan ayam dengan campuran telur diikuti tepung dan goreng sehingga warna kuning keemasaan.
- Hidangkan panas bersama sos lada hitam dan hidangan sampingan mengikut kesukaan.