Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
8 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
10 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
6 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/recipe-standard-size-1.jpg)
Bahan-bahan
"- 500g udang besar, urat dikeluarkan
- 1 cawan minyak , untuk menggoreng
- 2 sudu besar minyak, untuk menumis
- 5 ulas bawang putih, dihiris
- 3 bawang merah kecil, dihiris
- 10 cili kering, benih dikeluarkan
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 1 sudu besar pes asam jawa
- Garam. ecukup rasa
- Sos ikan, secukup rasa
- Gula, secukup rasa
- 1 genggam daun ketumbar, dicincang kasar
Cara-caranya
"- Perapkan udang dengan garam dan gorengkannya dengan minyak yang panas selama beberapa minit. Ketepikan.
- Masukkan minyak ke wok, tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil.
- Apabila hampir keemasan, masukkan cili kering dan goreng sampai layu dan keemasan. Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Cili Bawang Putih Kimball dan pes asam jawa.
- Masukkan udang ke dalam wok. Perasakan dengan sos ikan dan gula. Kacau rata.
- Masukkan daun ketumbar. Tutupkan api dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan.