Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
12 kek cawan besar atau 20 kek cawan kecil
Bahan-bahan
- 1 cawan Mayonis Kimball
- 1 cawan Gula perang
- 2 cawan Tepung serba guna
- 3 sudu besar Serbuk koko tanpa gula
- 2 sudu teh Serbuk penaik
- 1 sudu teh Soda bikarbonat
- ¼ sudu teh Garam
- 1 cawan Air suam
- 1 sudu teh Esen vanilla
- 1 cawan Cip coklat
- Untuk Frosting
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 300g Mentega, biar lembut
- 600g Gula aising, diayak
- 3 sudu besar Serbuk koko, diayak
Cara-caranya
- Di dalam mangkuk besar, campurkan gula perang, tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam sehingga sebati.
- Masukkan Mayonis Kimball, air dan esen vanilla. Kaup balik sehingga sebati.
- Masukkan cip coklat, campur sehingga sebati dan sudukan adunan ke dalam cawan kek.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 12-15 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk.
- Untuk frosting, pukul mentenga dan Mayonis Kimball sehingga kembang. Kemudiannya, masukkan gula aising dan serbuk koko. Pukul sehingga kembang dan sebati.
- Untuk menghias kek cawan, paipkan frosting di atas kek dan sedia dihidangkan.
Tip cef: Tambah mayonis ke dalam adunan kek untuk menghasilkan kek tekstur yang lebih lembut