Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
60 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang
Bahan-bahan
- 6 sudu besar Sos Tiram Kimball
- Untuk mengadun (blend hingga halus):
- 20 biji Cili kering, direndam
- 30g Lengkuas
- 4 batang Serai
- 160g Onions
- 1 sudu besar Jintan putih
- 1 sudu besar Jintang manis
- 1 sudu besar Gula
- 20g Halia
- 20g Daun ketumbar
- 6 labu Bawang putih
- 8 sudu besar Udang kering
- Minyak masak untuyk menggoreng
- 750g Parutan kelapa
- 12 helai Daun limau purut
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan kisar, Sos Tiram Kimball dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan parutan kelapa dan daun limau purut. Kacau sehingga sebati dan goreng dengan api rendah. Kacau sentiasa untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah. Goreng sehingga parutan kelapa menjadi kering dan ringan. Hidangkan panas.
Tip chef: Sesuai sebagai hidangan sampingan atau topping untuk masakan Ramadhan, Sahur dan Raya seperti bubur lambuk, sayur lodeh, tauhu sumbat dan nasi.