Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang
Bahan-bahan
- Bahan A (diayak dan digaul sebati)
- 215g tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- Bahan B (digaul bersama)
- 100g Mayonis Kimball
- 50ml air
- ½ sudu teh esen vanila
- 200g mentega, dilembutkan dalam suhu bilik
- 200g gula pasir halus
- 4 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 150g buah kurma, dibuang biji dan dicincang
Cara-caranya
- Alas dasar tin kek berukuran 20cm segi empat atau 23cm tin bulat dengan kertas minyak dan gris keliling tin dengan mentega. Taburkan satu sudu besar Bahan A atas buah kurma, gaul sehingga bersalut rata dan ketepikan.
- Pukul mentega dan 150g gula sehingga ringan dan gebu. Tambah kuning telur dan pukul selama 2 - 3 minit. Masukkan separuh daripada Bahan A dan kaup. Tambah dan kaup bahan B bersama. Kemudian tambahkan baki bahan A sambil mengaup. Ketepikan adunan.
- Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan. Tambah 50g gula dan sambung memukul sehingga lembut dan seakan berkilat. Kaup 1⁄3 daripada adunan telur terlebih dahulu ke dalam adunan tadi, sebelum mengaup baki adunan telur dan masukkan kurma. Pastikan jangan pukul atau kacau berlebihan.
- Masukkan adunan ke dalam tin kek dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 - 40 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.
TIP: Mayonis Kimball mengekalkan kek dalam keadaan lembap walaupun disimpan semalaman dalam peti
sejuk.