Masa Penyediaan

30 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

8 orang

Bahan-bahan
- Untuk sos:
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar pes cili
- ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
- ½ cawan Sos Cili Kimball
- ½ cawan santan
- 2 cawan air
- 1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus
- Untuk salad:
- 6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disejat
- 3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat
- 1 ikat kecil kangkung, petik 5 sm, dicelur dan disejat
- 2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal
- 3 biji telur rebus, dipotong baji
- 3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2sm kiub
- 1 biji sengkuang, diparut halus
- 2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2sm kiub
- 1 biji timun, diparut halus
- 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat
- 10-20 keping keropok melinjau
Cara-caranya
- Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.
- Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.
- Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.