Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
8 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/recipe-standard-size-14.jpg)
Bahan-bahan
- 4 sudu besar minyak
- 5 ulas bawang putih, dicinncang halus
- 3sm halia, dimayang halus
- 3 batang serai, dihiris halus
- 1 cawan isi ikan yang telah dimasak
- 1/3 cawan Sos Lada Hitam Kimball
- 1/3 cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 5 cawan nasi
- 1 cawan hirisan kacang botor
- ½ cawan kerisik
- Untuk hiasan:
- 2 batang bunga kantan, dihiris halus
- ½ cawan herba pilihan yang dihiris halus*
- 1 cawan timun, dihiris halus
- 2 biji telur dadar, dihiris halus
- *Kombinasi daun kesum, daun selasih, ulam raja, daun kunyit.
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan serai sehingga wangi dan perang keemasan. Masukkan isi ikan, Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Bawang Putih Kimball. Goreng 5 minit sebelum masukkan nasi. Masak lagi selama 10 minit, tambah kacang botor dan kerisik. Biar 5 minit lagi.
- Perasakan dengan garam, tabur dengang bahan hiasan dan sedia dihidangkan.