Masa Penyediaan

30 minit
Masa Memasak

1 jam 30 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- Untuk perapan daging:
- 4 sudu besar Mayonis Kimball
- 3 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 4 sudu besar Serbuk kari kerutuk
- 1kg Daging batang pinang, dipotong ketulan besar
- 6-8 sudu besar Minyak
- Kisar menjadi pes halus
- 150g Bawang merah
- 6 ulas Bawang putih
- 20g Halia
- 1 batang Kayu manis
- 2 kuntum Bunga lawang
- 6 biji Buah pelaga
- 1 cawan Santan + 1 cawan air
- 1 keping Asam keping
- 30g Gula Melaka
- 1 sudu besar Garam
Cara-caranya
- Perap daging semalaman di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes halus sehingga wangi. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng selama 30 saat.
- Masukkan daging dan masak dengan api rendah hingga sederhana sehingga cecair kering. Kemudiannya, masukkan campuran santan dan reneh sehingga daging empuk. Kacau sekali sekala.
- Akhirnya, masukkan asam keeping, gula Melaka, garam dan kacau sehingga sebati. Hidangkan panas.