Masa Penyediaan
24 jam
Masa Memasak
8-10 minit (setiap keping)
Saiz Hidangan
35-40 hidangan
Bahan-bahan
- Untuk sos perap kambing:
- 1 kg Sos Lada Hitam Kimball
- 1 kg Sos BBQ Kimball
- 600g Mayonis Kimball
- 300g Sos Tomato Kimball
- 300g Sos Berperisa Tiram Kimball
- Bahan-bahan kisar (kisar menjadi pes halus):
- 600g Serai
- 120g Halia
- 1 kg Bawang besar
- 80g Serbuk bawang putih
- 30g Daun Thyme kering
- 30g Daun Oregano kering
- 150g Daun Rosemary kering
- 300g Kicap manis pedas
- 150g Gula perang
- 150g Kicap cair
- 60g Garam
- 80g Serbuk lada
- 75ml Cuka
- 60g Kicap pekat
- 10 kg Bahu kambing
Cara-caranya
- Untuk sos perap kambing, kisar serai, halia dan bawang besar sehingga menjadi pes halus dengan mesin pengisar. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan perap yang lain dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
- Sapu sos perap pada kedua-dua belah kepingan bahu kambing dan tuangkan sos perap yang berlebihan ke atasnya. Tutup dan perap selama 24 jam dalam peti sejuk.
- Panaskan kuali/ketuhar kepada suhu sederhana panas. Bakar kepingan kambing sehingga tahap masak mengikut kesukaan dan hidangkan bersama hidangan sampingan mengikut kesukaan.