Masa Penyediaan

24 jam
Masa Memasak

8-10 minit (setiap kepak ayam) atau 20-30 minit (setiap kepak ayam) untuk membakar
Saiz Hidangan

160 kepak ayam (purata 16 kepak ayam setiap kg)

Bahan-bahan
- Untuk sos perap ayam:
- 1 kg Sos Cili Kimball
- 1 kg Sos Tomato Kimball
- 20 ulas Bawang putih
- 50g Halia
- 50g Bawang besar
- 1kg Nanas di dalam tin (isi nanas sahaja)
- 30 Cili api
- 80g Serbuk ketumbar
- 80g Paprika
- 40g Lada Cayenne
- 80g Garam
- 300g Minyak masak
- 10kg Kepak ayam
Cara-caranya
- Untuk sos perap ayam, kisar bawang putih, halia, bawang besar dan nanas dengan mesin pengisar sehingga menjadi pes halus. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan perap yang lain dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
- Basuh dan keringkan kepak ayam. Potong satu celah di tengah kepak dan tuangkan sos perap ke dalam. Campur sehingga sebati, tutup dan perap selama 24 jam di dalam peti sejuk.
- Cara memasak boleh mengikut kesukaan seperti bakar, panggang atau goreng. Untuk masak secara goreng, salut kepak ayam dengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum goreng.