Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
35-40 biji
Bahan-bahan
- Untuk inti:
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- Minyak untuk menggoreng
- 100g Bawang besar, dicincang halus
- 2 ulas Bawang putih, dicincang halus
- 150g Udang kering, dicincang halus
- 3 sudu besar Serbuk kari daging
- Untuk topping:
- 1 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 100g Udang kecil, dibuang kulit
- Untuk adunan (gaul rata):
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 500g Tepung serbaguna
- 1 biji Telur - Kacau sehingga sebati
- 5 cawan Santan
- 2 sudu teh Garam
- 2 sudu teh Serbuk kunyit
- Untuk hiasan:
- Daun ketumbar, cili merah dicincang halus dan bawang goreng
- Acuan kuih bahulu
Cara-caranya
- Untuk inti, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan serbuk kari daging dan Sos Tiram Kimball. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Untuk topping, campurkan semua bahan sehingga sebati. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk kuih, panaskan acuan kuih bahulu di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C dan sapukan sedikit minyak.
- Tuangkan adunan sehingga ¾ penuh dan letakkan sedikit inti di atas ia. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 2 minit atua sehingga masak sepenuhnya.
- Untuk menghidang, keluarkan kuih dari acuan dan letakkan sedikit topping di atas. Hidangkan panas.