Masa Penyediaan
                            15 minit
Masa Memasak
                            25 minit
Saiz Hidangan
                            4 orang
                Bahan-bahan
- 500g kepingan ayam
 - ¼ sudu teh serbuk kunyit
 - ½ cawan Sos Spageti Tradisional Kimball
 - 3 sudu besar Sos Cili Kimball
 - ¾ - 1 cawan air
 - 3 sudu besar minyak, untuk digoreng
 - garam, gula secukup rasa
 
- Bahan Kisar
 - 2 cili merah, dibuang biji
 - 1 labu bawang besar
 - 4 biji bawang merah
 - 2 ulas bawang putih
 - 2 batang serai
 - 3 buah keras
 - 50 ml air
 
Cara-caranya
- Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
 - Panaskan minyak dalam pan. Gorengkan ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
 - Tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
 - Masukkan Sos Spageti Tradisional, Sos Cili Kimball, ayam dan air.
 - Tutup dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat. Perisakan dengan garam dan gula.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook