Masa Penyediaan
                            15 minit
Masa Memasak
                            40 minit
Saiz Hidangan
                            4 orang
                Bahan-bahan
- ½ cawan coklat masakan, dipotong kecil
 - ½ cawan gula halus
 - ¼ cawan gula perang
 - 1 sudu teh esen vanilla
 - 1 biji telur
 - 2 sudu besar ‘buttermilk’
 - ¼ sudu teh serbuk penaik
 - ½ cawan tepung gandum
 - 2 sudu besar serbuk koko
 - ½ cawan Mayonis Kimball
 - ½ sudu teh mentega, untuk diratakan pada loyang
 
Cara-caranya
- Cairkan coklat masakan di dalam mangkuk kaca di atas air mendidih.
 - Keluarkan mangkuk dan biarkan sejuk.
 - Gaulkan coklat cair dengan gula halus dan gula perang.
 - Masukkan esen vanila, telur dan ‘buttermilk’. Gaulkan rata.
 - Masukkan serbuk penaik, tepung gandum dan serbuk koko bersama.
 - Masukkan Mayonis Kimball dan gaul hingga berkilat.
 - Tuangkan gabungan ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180ºC selama 25-30 minit.
 - Potongkan kepada kepingan segi empat apabila brownie sejuk sepenuhnya.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook