Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-5 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (300g) Sos Pasta Tomato Cendawan Kimball
- 600g Ayam, dipotong ketulan kecil
- ½ sudu besar Kimball Sos Tiram
- 30g Bawang kuning, dicincang
- 1 ulas Bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar Kicap manis
- ¼ sudu teh Garam
- 3 sudu besar Minyak masak
- 3 batang Serai, diketuk
- 3 biji Cili putih, dibuang biji dan dibelah
- 100g Terung Dayak (terung asam), dipotong kecil
- ¼ cawan Air
- ¼ cawan Santan
- Daun ketumbar untuk hiasan
Cara-caranya
- Perap ayam dan ketepikan. Untuk hasil terbaik, perap semalaman.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan serai dan cili putih. Tumis hingga wangi.
- Masukkan ayam yang telah diperap dan goreng selama 5–6 minit. Kemudian, masukkan terung dayak dan teruskan menumis selama 2–3 minit lagi.
- Tuangkan Sos Pasta Tomato Cendawan Kimball dan air. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya dan sos menjadi sedikit pekat.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan. Hias dengan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.
Kongsi di Facebook