Masa Penyediaan

20 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

3-4 hidangan

Bahan-bahan
- 2 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Cilli Kimball
- 400g Nasi
- 70g Kerisik
- 10g Udang kering, goreng tanpa minyak dan ditumbuk
- 100g Kacang Panjang, dihiris nipis
- 4 Biji Bawang merah, dihiris nipis
- 2 Batang Serai, bahagian putih, dihiris nipis
- 1 Batang Bunga kantan, dihiris nipis
- 2 Batang Daun kunyit, dihiris nipis
- 5 Batang Saderi, dihiris nipis
- 5 Batang Ulam raja, dihiris nipis
- 50g Daun pegaga, dihiris nipis
- 10 Helai Daun kaduk, finely sliced
- 10 Tangkai Daun kesum, dihiris nipis
- Jus 2 biji limau kasturi
Cara-caranya
- Letakkan nasi di dalam mangkuk besar dan masukkan sos-sos Kimball. Kacau sehingga sebati.
- Kemudiannya, masukkan semua bahan-bahan dihiris, kerisik, udang kering dan jus limau Kasturi. Kacau sehingga sebati. Sedia dihidangkan.