Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

3 orang

Bahan-bahan
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 3 sudu besar Sos Cili Kimball
- 1-2 sudu besar jus limau nipis
- 6 cawan air
- 225g Kimball Macaroni
- 2 sudu besar minyak
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- 1 ketul tofu lembut, dipotong dadu 2cm
- 2 biji telur, dipukul ringan
- Minyak bijan
- Daun bawang cincang
Cara-caranya
- Campurkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Cili Kimball, jus limau nipis dan air di dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan Kimball Macaroni, minyak dan serbuk lada hitam. Kacau.
- Tutup dan masak selama 15 minit kemudian kacau sebati.
- Tutup periuk dan masak selama 10 minit, masukkan tofu dan titiskan telur.
- Kemudian, tutup dan tunggu pasta masak.
- Renjiskan minyak bijan, tabur daun bawang ke atas sup dan hidangkan segera.