Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
- 200g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji bawang besar, dicincang
- 2 ulas bawang putih, dicincang
- 185g tuna dalam minyak, ditapis
- ΒΌ cawan parsli cincang
- garam, secukup rasa
- lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball, kacau dan renehkan selama 5 minit.
- Gaulkan sos dengan tuna dan parsli. Tambahkan garam dan lada hitam.
- Hidangkan sos dengan Spageti Kimball.