Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

4-6 orang

Bahan-bahan
- Untuk sos memasak (campur sehingga sebati):
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 4 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Kerisik
- 6 sudu besar Pes rendang
- 1 biji Bawang besar, dihiris
- 350g Daging kisar
- 2 sudu besar Minyak masak
- 150g Kacang Panjang, dipotong Panjang 1 inci
- 12 biji Ketupat, didadu
- 6 helai Daun limau purut, dihiris
- 1 helai Daun kunyit, dihiris
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi. Kemudian, masukkan daging dan goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Tuangkan sos memasak dan goreng sehingga wangi. Masukkan kacang panjang dan goreng selama 30 saat.
- Masukkan ketupat, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sehingga sebati dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Hidangkan panas.
Tip chef: Bagi mereka yang suka lebih kuah untuk hidangan ini, boleh tambahkan ½ cawan santan pada langkah 2.