Masa Penyediaan
1 jam
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
25-30 hidangan
Bahan-bahan
- Untuk sos:
- 1 kg Mayonis Kimball
- 1 kg Sos Cili Kimball
- 1 kg Sos Keju Kimball
- 30g Garam
- 50g Paprika
- 1.5 kg Cip Nacho
- 40 pcs Sosej daging, dipotong jejari
- 1.5 kg Tomato, dibuang biji dan didadu
- 1.6 kg Inti jagung
- 1.8 kg Kacang hitam dalan tin, cuci dan keringkan
- 2.2 kg Keju mozzarella parut
Cara-caranya
- Untuk sos, campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk hidangan, taburkan sedikit sos pada permukaan dulang bakar, isikan dengan sedikit cip nacho, sosej daging, tomato, jagung, kacang hitam dan keju mozzarella. Ulangi langkah untuk membentuk 3 lapisan dan diakhiri dengan keju di lapisan paling atas.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga keju menjadi cair.