Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
30 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
30 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4-6 hidangan
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2022/03/10.-Spaghetti-Ala-Mee-Rebus.jpg)
Bahan-bahan
- 200g Spageti Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Pati Tomato Kimball
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 liter Air
- 500g Daging, dihiris kasar
- 2 sudu besar Serbuk kari daging
- Bahan-bahan kisar:
- 1 tin Sup Tomato Kimball
- 500g Ubi keledek oren, direbus
- 4 ulas Bawang putih
- 120g Bawang besar
- 6 sudu besar Udang kering
- 2 biji Cili padi, dibuang biji
- 2 sudu besar Minyak
- ½ cawan Air
- Untuk hiasan:
- 6 biji Telur rebus
- 2 buku Tofu keras, digoreng dan dihiris
- Cili merah, dihiris
- Daun ketumbar
Cara-caranya
- Didihkan air di dalam periuk, masukkan daging dan didih selama 20 minit atau sehingga daging empuk. Angkat daging dan simpan air rebusan daging.
- Letakkan semua bahan-bahan kisar di dalam pemproses makanan dan kisar menjadi pes halus.
- Tuangkan pes halus ke dalam air rebusan daging. Kemudiannya, masukkan serbuk kari daging, semua sos Kimball and biar mendidih. Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menghidang, letakkan Spageti Kimball di dalam mangkuk hidangan dan taburkan hiasan ikut rasa di atas. Hidangkan panas.