Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
1-2 hidangan
Bahan-bahan
- 100 gram Pasta Spageti Kimball
- 1/2 tin Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional
- 50 gram ketulan dada ayam (dipotong kiub)
- 3 ketul bebola ikan goreng (dibelah dua)
- 2 ketul tauhu goreng (dibelah empat)
- 50 gram sawi (dipotong pendek)
- 1 biji cili merah (dipotong)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 30 gram bawang besar holland (dipotong kiub)
- 1/2 sudu kecil serbuk kari ayam
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar air
- Sedikit gula
- Sedikit garam
Cara-caranya
- Rebus Pasta Spageti Kimball selama 10–12 minit sehingga al-dente dan toskan.
- Tumis bawang putih, bawang besar dan serbuk kari hingga wangi.
- Masukkan dada ayam dan air, masak sehingga empuk.
- Masukkan bebola ikan, tauhu goreng, sawi dan cili merah dan kacau sehingga sawi layu.
- Masukkan Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional dan Pasta Spageti Kimball. Gaul rata.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Hidang dan hiaskan dengan bahan hiasan.
Kongsi di Facebook