Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (300g) Sos Pasta Tomato Cendawan Kimball
- 200g Spageti Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 3 sudu besar Minyak masak
- 20g Bawang kuning, dicincang
- 2 ulas Bawang putih, dicincang
- 50g Cendawan sisir
- 100g Ham ayam, dihiris nipis
- 50g Brokoli, dipotong kecil
- ΒΌ cawan Air
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan cendawan sisir, brokoli, dan ham ayam. Goreng sehingga sebati.
- Masukkan Spageti Kimball yang telah dimasak, kemudian tuangkan Sos Pasta Tomato Cendawan Kimball dan air. Gaul rata sehingga sos bersalut sekata pada pasta. Hidang serta-merta.
Kongsi di Facebook