Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak
- 4 ulas bawang putih, dicincang halus
- 200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
- 1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
- 5 batang kacang panjang, dihiris halus
- 5 biji cili burung, dihiris nipis
- 3 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 5 cawan nasi
- 2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 5-6 daun limau purut, disiat halus
- 3 sudu besar bawang goreng
- Untuk hiasan:
- 3 sudu besar minyak
- 4-5 biji telur
- 2-3 sudu besar sos karamel pekat
- 1 biji timun, dihiris
- 2-3 sudu besar bawang goreng
- 4-5 limau nipis, dipotong baji
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.
- Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.
- Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.