Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

5-6 hidangan

Bahan-bahan
- 7 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 5 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 400g Makaroni Kimball, Masak Mengikut Arahan Pada Paket
- 20g Halia, Dicincang Kisar
- 30g Bawang Putih, Dikisar
- 50g Bawang Besar, Dikisar
- 2 Biji Cili Padi, Dibuang Biji Dan Dibahagi Dua
- 350g Dada Ayam, Dihiris
- 170g Bebola Ikan, Dibahagi Dua
- 3 Keping Kek Ikan, Dihiris Nipis
- 2 Sudu Besar Kicap Cair
- 1 Cawan Air
- 150g Sawi, Dipotong 1” Panjang
- 5 Biji Tomato, Didadu Ketulan
- 150g Taugeh
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia, bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga wangi, kemudiannya masukkan dada ayam dan goreng sehingga masak dengan sepenuhnya.
- Masukkan bebola ikan dan kek ikan dan gaul sehingga sebati.
- Kemudiannya, masukkan Sos-Sos Kimball, kicap cair, air, sawi dan tomato, biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan Makaroni Kimball dan taugeh, gaul sehingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.