Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4-6 orang

Bahan-bahan
- 400 g Spageti Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 10 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Minyak masak
- 200 g Pepperoni daging, dihiris jejalur
- Gula dan jus limau secukup rasa
- Untuk pes sambal hijau:
- 12 tangkai Lada hijau segar
- 8 tangkai Cili padi hijau
- 5 ulas Bawang putih
- 80 g Ketumbar segar, termasuk akar
- 90 g Daun bawang
- ½ cawan Air
Cara-caranya
- Untuk sambal hijau, kisar semua bahan-bahan pes sambal hijau sehingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis pepperoni daging sehingga wangi. Masukkan sambal hijau dan tumis 1 minit dengan api sederhana.
- Tambah Mayonis Kimball, Sos Tiram Kimball dan gaul rata. Masukkan Spageti Kimball dan gaul rata. Perasakan dengan gula dan jus limau. Hidangkan panas.
Tip chef: Untuk menambah kerangupan hidangan, goreng pepperoni daging sehingga rangup, keluarkan dan tabur di atas pasta.