Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
8 orang
Bahan-bahan
- Untuk inti:
- 100g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 2 sudu besar minyak
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 biji lobak merah, diparut halus
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- Garam, secukup rasa
- Lada, secukup rasa
- 30 keping taufu paf goreng
- Untuk bater:
- 150g tepung beras
- 70g tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- 1/8 sudu teh serbuk kunyit
- 1 cawan air
- 1 sudu besar air kapur
- 3 helai daun limau purut, disiat halus
- 2 cawan minyak, untuk digoreng
- Untuk hidangan:
- 1 cawan Sos Cili Thai Kimball
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah lobak merah, goreng 5 minit sebelum masukkan angel hair, Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball Kimball. Perisakan dengan garam dan lada.
- Buat lubang pada setiap taufu paf dan sumbat inti. (Ini boleh dibuat sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk)
- Tuang bater dalam mangkuk adunan supaya senang dan konsisten bila menyalut. Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam. Celup taufu sumbat di dalam bater. Goreng sedikit demi sedikit sehingga garing dan perang keemasan. Sejat minyak dan hidang semasa panas bersama Sos Cili Thai Kimball.