Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- 4 Ekor Ikan Kembung
- 1 Tin Sos Pasta Kimball Tomato Cendawan
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
- ½ Biji Bawang Besar
- ½ Inci Halia
- ¼ Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 1 Sudu Besar Serbuk Kari Ikan
- 1 Batang Serai
- 2 Helai Daun Limau Purut
- 30 ml Santan Pekat
- 500 ml Air
- Garam Dan Gula Secukup Rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta halia sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari ikan, kemudian tumis sehingga terbit minyak.
- Tuangkan air, masukkan serbuk kunyit, serai dan Sos Pasta Kimball Tomato Cendawan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih perlahan.
- Masukkan ikan kembung, santan pekat dan daun limau purut. Masak dengan api sederhana selama 10 - 15 minit sehingga ikan masak sepenuhnya.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Kongsi di Facebook