Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (300g) Sos Pasta Tomato Tradisional Kimball
- 6 sudu besar Minyak masak
- 10g Udang kering, rendam dan diketuk
- 80g Bawang kecil, dihiris
- 1 ulas Bawang putih, dicincang
- 2 sudu besar Pes cili
- 60g Tuhau, dicincang dan ditumbuk
- 500g Udang, dibuang urat belakang, kulit dikekalkan
- ½ cawan Air
- Daun pasli, dicincang untuk hiasan
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis udang kering, bawang merah, bawang putih, dan pes cili sehingga wangi.
- Masukkan tuhau dan teruskan menumis selama 2–3 minit.
- Masukkan udang dan masak sambil dikacau hingga sebati.
- Tuangkan Sos Pasta Tomato Tradisional Kimball dan air. Masak sehingga mendidih dan reneh sehingga udang masak sepenuhnya dan sos menjadi sedikit pekat. Hias dengan daun pasli dan sedia untuk dihidangkan.
Kongsi di Facebook