Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
PERAPAN AYAM:- ½ Ekor Ayam
- 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
- 1 Sudu Kecil Garam Halus
- 500 ml Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 Ulas Bawang Putih
- 1 Inci Halia
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- 2 Sudu Besar Rempah Kuzi
- 1 Tin Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional
- 50 ml Susu Cair
- 250 ml Air
- Garam & Gula Secukup Rasa
- Kismis & Gajus Goreng
Cara-caranya
-
A. Perapan Ayam
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Perap selama 20 minit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Ketepikan.
-
B. Tumisan Ayam
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih serta halia kisar sehingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan rempah kuzi dan sedikit air. Tumis sehingga terbit minyak.
- Masukkan Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
- Tuangkan susu cair, kacau rata dan biarkan kuah mendidih perlahan dengan api sederhana. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan bahan hiasan seperti kismis dan gajus. Gaul perlahan sehingga kuah sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Kongsi di Facebook