Kimball Malaysia
  • Facebook
  • ENGLISH
  • BAHASA MALAYSIA
  • Laman Utama
  • Produk
  • Resipi
  • Baharu
  • Mengenai Kimball
For the best experience, rotate your phone

Jom Teroka!

  • Klik pada lori untuk mula meneroka resipi!

Utara

Tengah

UTARA

Pasta Tuna
Asam Laksa

by Eka Zahra

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 150 g KIMBALL Spiral Pasta

    1 tin KIMBALL Sos Pasta Tomato Cili
    Pedas

    2 sdb KIMBALL Sos Tiram

  • Bahan-bahan Lain :

    1 bj bawang besar dicincang

    ½ cawan daun pudina dihiris halus

    ½ cawan daun kesum dihiris halus

    3 sdb bunga kantan dicincang

    150 g kepingan tuna dalam tin

    2 sdb air limau

  • Bahan-bahan Garnish :

    Timun dihiris halus

    Nanas dipotong dadu kecil

    Cili merah dipotong²

    Daun pudina

Cara Penyediaan

  • Masak KIMBALL Spiral Pasta
    mengikut arahan pada paket.

    Tumis bawang besar hingga layu
    kemudian masukkan hirisan daun
    pudina, hirisan daun kesum dan
    bunga kantan. Kacau sebati.

    Masukkan KIMBALL Sos Pasta
    Tomato Cili Pedas dan KIMBALL Sos
    Tiram. Kacau sebati.

  • Masukkan kepingan tuna dalam tin.
    Kacau rata kemudian tambahkan
    jus limau. Kacau sebati.

    Masukkan spiral pasta. Kacau rata.
    Angkat dan tambahkan bahan²
    garnish. Siap dihidang.

Calon Zon Utara
Pasta Ala Malaysia Terbaik

UTARA

Kungpo
Spaghetti

by LS Yeoh

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor udang – buang kulit badan,
    kepala & ekor dibiarkan

    4 ulas bawang putih – hiris

    2 cm halia – hiris

    1 bawang besar – potong kasar

    4-5 tangkai cili kering – potong

    2 tangkai daun kari

    ½ batang carrot – hiris

    1 ketul kecil gula Melaka (lebih
    kurang 3 inci)

    Bahan Sos (gaul sebati)

  • 3 sudu besar Kimball Daun Selasih &
    Bawang Putih

    2 sudu besar sos tiram

    2 sudu besar cuka hitam

    1 sudu kicap hitam pekat

    2 sudu sos cili tomato

    5 sudu air + 1 sudu kecil larutan
    tepung kanji (slurry) – untuk
    pekatkan kuah

Cara Penyediaan

  • Cara Masak Kimball Spaghetti (250g)

    Masukkan Kimball Spaghetti ke
    dalam air mendidih, rebus.

    Sedikit garam dan 1 sudu minyak
    hingga lembut ala dente.

    Tos air dan gaul sedikit minyak
    supaya tidak melekat. Ketepikan.

  • Cara Masak Kuah Kung Po

    Panaskan minyak dan goreng
    udang hingga masak kedua-dua
    sisi. Angkat dan ketepikan.

    Dalam minyak yang sama, tumis
    bawang putih, halia, bawang besar,
    cili kering, daun kari, carrot hingga
    wangi.

  • Masukkan bahan sos yang telah
    digaul tadi bersama gula Melaka.

    Kacau hingga kuah sedikit pekat,
    masukan air tepung kanji.

    Masukkan semula udang dan gaul
    sebati. Dah siap. Sedia di hidang.

  • Cara Hidang Dengan Pasta

    Masukkan Kimball Spaghetti terus
    ke dalam kuah Kung Po dan gaul
    rata.

    atau

    Susun Spaghetti di pinggan dan
    letakkan Kung Po Udang sebagai
    topping.

Calon Zon Utara
Pasta Ala Malaysia Terbaik

UTARA

Perak
Rendang Tok

by Kak Wan

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 250 gm Daging, potong kiub

    1/4 cawan Minyak

    1/2 cawan Santan Pekat

    1/4 cawan Air

    1 sudu makan Gula Melaka, racik halus

    2 sudu kecil Garam

    1/2 sudu besar Kicap Pekat

    1 1/2 sudu makan Kerisik

    1 helai Daun Kunyit, hiris halus

    1 tin Sos Pasta Tomato Tradisional
    Kimball

  • BAHAN KISAR:

    14 biji Bawang Besar

    4 ulas Bawang Putih

    1 inci Halia

    1 inci Lengkuas

    1 batang Serai

    1 inci Kunyit Segar

    1 biji Buah Keras

    2 sudu makan Cili Kisar

    1/4 cawan Air

  • REMPAH KISAR:

    Sangai dan kisar kering

    1/2 sudu makan Ketumbar

    1/2 sudu makan Jintan Manis

    1/2 sudu makan Jintan Putih

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak, tumis bahan
    kisar dan rempah kisar hingga
    pecah minyak.

    Masukkan santan, air, Sos Pasta
    Tomato Tradisional Kimball dan
    daun limau purut.

  • Reneh hingga daging lembut.
    Perasakan dengan garam, gula dan
    kicap pekat secukupnya.

    Masukkan kerisik, masak hingga
    pecah minyak dan hampir kering.

    Akhir sekali, masukkan hirisan daun
    kunyit, gaul rata.

Calon Zon Utara
Pasta Ala Malaysia Terbaik

UTARA

Pasembur
Pulau Pinang

by Asyiqin Ramdan

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Kuah:

    ½ tin Sos Pasta Tomato Tradisional
    Kimball

    100g keledek rebus (lebih kurang ½
    biji sederhana)

    1 sudu besar kacang tanah goreng,
    dikisar kasar

    1 sudu besar pes cili

    ½ sudu besar air asam jawa

    ½ sudu besar gula Melaka

    ½ cawan air (laras untuk dapatkan
    kepekatan kuah yang diingini)

    Garam secukup rasa

  • Bahan salad:

    ½ batang timun, dihiris halus

    ½ batang sengkuang, dihiris halus

    1 biji telur rebus, dibelah dua

    2–3 keping tauhu goreng, dihiris

    Beberapa cucur udang, potong

    Segenggam taugeh, dicelur sebentar

Cara Penyediaan

  • Kisar keledek rebus bersama sedikit
    air hingga halus.

    Panaskan 1 sudu besar minyak
    dalam periuk kecil, tumis pes cili
    hingga naik bau.

    Masukkan keledek kisar, Sos Pasta
    Tomato Kimball, kacang kisar, air
    asam jawa, gula Melaka, dan air.

  • Reneh dengan api kecil selama 5–8
    minit hingga kuah menjadi pekat
    dan licin.

    Perasakan dengan garam
    secukupnya.

    Susun timun, sengkuang, tauhu,
    telur dan bahan tambahan lain di
    atas pinggan.

    Curahkan kuah pasembur panas
    dengan banyak di atasnya.

Calon Zon Utara
Pasta Ala Malaysia Terbaik

TENGAH

Penne Pasta Masak
Lemak Cili Api
Salmon

by Rahimah Ibrohim

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Untuk pasta :

    Penne pasta

    Garam (untuk rebusan)

  • Untuk kuah masak lemak cili api :

    150g isi salmon (dipotong kiub)

    1 sudu besar minyak masak

    2 batang serai (diketuk)

    3 helai daun limau purut

    1 cawan santan pekat

    ½ cawan air

    1 tin Sos Pasta Kimball keju-nara

    Garam & gula secukup rasa

  • Bahan kisar :

    8 biji cili padi (boleh tambah ikut tahap
    pedas)

    3 ulas bawang putih

    2 biji bawang merah kecil

    ½ inci kunyit hidup

Cara Penyediaan

  • Rebus penne pasta dalam air
    mendidih bersama sedikit garam
    dan minyak selama 8–10 minit atau
    hingga lembut “al dente”. Toskan.

    Goreng sekejap isi salmon. Asing
    ketepi.

    Tumis bahan kisar bersama serai
    hingga naik bau dan sedikit garing.

    Masukkan Sos Pasta Kimball
    Keju-Nara dan kacau rata biar
    sebati dengan aroma cili api.

  • Tuangkan santan dan air, masak
    dengan api sederhana hingga
    mendidih perlahan.

    Masukkan salmon, daun limau purut,
    garam dan sedikit gula. Masak hingga
    salmon lembut dan kuah sedikit pekat.

    Masukkan panne pasta, gaul hingga
    bersalut dengan kuah lemak berkrim.

  • CADANGAN HIASAN :

    Tabur sedikit daun ketumbar atau
    hirisan cili merah di atas.

Calon Zon Tengah
Pasta Ala Malaysia Terbaik

TENGAH

Laksa Ikan Salai
Kimball

by Ila Dila

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan salai (ambil isi, buang
    tulang)

    2 biji bawang merah

    2 ulas bawang putih

    1 inci halia

    3 cawan santan pekat

    3 sudu besar Kimball Sos Tomato Cili
    Pedas

    1 cawan air (ikut kepekatan)

    Garam, gula secukup rasa

    Daun kesum (optional)

Cara Penyediaan

  • Kisar isi ikan salai dengan bawang
    merah, bawang putih & halia
    sampai halus.

    Masak bahan kisar dengan santan,
    kacau selalu.

    Bila mendidih, masukkan Kimball
    Sos Tomato Cili Pedas – kacau
    sebati.

    Perasakan dengan garam & gula.
    Biar kuah pekat berlemak pedas
    manis.

    Siap untuk dituang atas spegetti.

Calon Zon Tengah
Pasta Ala Malaysia Terbaik

TENGAH

Pasta Daging
Salai Masak
Lemak- Nara

by tyaariff_

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 500 g daging salai - dihiris nipis

    2 cawan santan pekat

    1 cawan air (boleh tambah jika nak
    lebih berkuah)

    1/2 tin Kimball Sos Pasta Carbonata
    Ayam-Nara

    Sedikit Garam & gula

    1 batang serai diketuk

    Daun kunyit dihiris halus

    Spaghetti Kimball

  • Bahan kisar:

    5 biji cili padi (ikut tahap pedas)

    3 ulas bawang putih

    3 ulas bawang merah kecil

    1 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan

  • Tumis bahan kisar & serai.
    Panaskan sedikit minyak dalam
    periuk.Masukkan bahan kisar dan
    serai.

    Tumis hingga naik bau wangi dan
    pecah minyak sedikit.

    Masukkan daging salai. Gaul rata
    bersama bahan tumis. Masak
    beberapa minit hingga daging salai
    sebati.

  • Tuang Sos Kimball Ayam-Nara & air.
    Tambahkan, garam, gula & perasa
    secukupnya.Masak dengan api
    sederhana hingga kuah mendidih
    dan sedikit pekat.

    Akhir sekali masukkan hirisan daun
    kunyit, kacau rata.Biarkan reneh
    sekejap hingga aroma naik dan
    daging empuk.

    Hidang dengan spaghetti yang
    telah dimasak.

Calon Zon Tengah
Pasta Ala Malaysia Terbaik

TENGAH

Terung Belado
Negeri Sembilan

by arkay.kitchen

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 tin sos pasta Tomato Cili Pedas
    @kimballmy

    Segenggam Angel Hair @kimballmy

    2 biji terung panjang

    10 biji cili kering * (dicelur dalam air
    panas)

    2 biji bawang besar *

    5 ulas bawang putih *

  • 2 sudu besar udang kering *
    (direndam dalam air panas dahulu)

    6-7 ekor udang celup tepung

    Garam & gula secukup rasa

    Sedikit serbuk kunyit

    Sedikit daun kucai (hiris halus)

    Sedikit edible flower (bayam malabar)

Cara Penyediaan

  • Potong terung dalam anggaran 1
    inci. Salut dengan garam dan
    serbuk kunyit. Panggang dalam
    kuali non-stick yang diletakkan
    sedikit minyak zaitun. Panggang
    terung hingga masak.

    Kisar kasar bahan bertanda *
    dalam food processor. Panaskan
    sedikit minyak. Tumis dalam kuali
    non-stick hingga masak. Masukkan
    3 sudu besar sos pasta Tomato Cili
    Pedas KIMBALL. Masak hingga agak
    kering. Perasakan dengan garam
    dan gula secukup rasa. Sambal
    belado siap.

  • Masak Angel Hair KIMBALL mengikut
    arahan di pek. Kemudian masak
    baki sos Tomato Cili Pedas KIMBALL
    dengan 1 sudu sambal belado.

    Tekan bahagian tengah terung.
    Masukkan Angel Hair, sambal
    belado, tabur dengan hirisan daun
    kucai dan hias dengan edible
    flower.

    Lengser sos pasta ke atas pinggan.
    Susun terung belado berselang seli
    dengan udang celup tepung.
    Hidangan sedia untuk dinikmati.

Calon Zon Tengah
Pasta Ala Malaysia Terbaik

  • Pasta Tuna
    Asam Laksa

  • Kungpo
    Spaghetti

  • Perak
    Rendang Tok

  • Pasembur
    Pulau Pinang

  • Penne Pasta
    Masak Lemak
    Cili Api Salmon

  • Laksa Ikan
    Salai Kimball

  • Pasta Daging
    Salai Masak
    Lemak- Nara

  • Terung Belado
    Negeri Sembilan

Pantai Timur

Selatan

PANTAI TIMUR

Terengganu
Fettuccine Kuah
Lemak Putih

by daridiaridiana

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Kuah:

    4-5 ekor ikan selayang @ ikan sardin
    direbus bersama garam dan sedikit
    asam keping & diambil isinya

    2 sudu kecil lada hitam

    ½ inci halia

    3 ulas bawang merah

    2 cawan santan pekat

    4 sudu besar Sos Pasta Buttermilk
    Kimball

    Sedikit air

    2-3 asam keping

    Garam dan perasa

  • Ulam:

    Daun kesum, Kacang panjang,
    Timun, Daun Kemangi, Bunga
    Kantan dimayang halus & Taugeh.

    Garam, belacan, cili kisar & limau
    nipis (optional) untuk
    membangkitkan rasa.

Cara Penyediaan

  • Tumbuk bawang merah, halia, isi
    ikan dan lada hitam hingga lumat.

    Masak semua bahan yang
    ditumbuk ke dalam santan
    bersama Sos Pasta Buttermilk
    Kimball, garam dan perasa.
    Seimbangkan rasa masam dengan
    asam keping.

Calon Zon Pantai Timur
Pasta Ala Malaysia Terbaik

PANTAI TIMUR

Solok Lada ala
Kimball

by Wan Marina

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Kuah:

    5 biji lada solok (cili hijau besar)

    4-5 ekor ikan selayang

    2 susu besar kelapa parut

    1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)

    3 biji bawang merah

    1 sudu besar Sos Pasta Daun Selasih
    & Bawang Putih Kimball Malaysia

    Garam

    Gula (optional)

    Perasa

    Santan pekat

Cara Penyediaan

  • Potong ikan dan ambik isinya
    sahaja. Letak dalam mangkuk dan
    ketepikan sebentar.

    Tumbuk bawang merah, lada Hitam
    dan isi ikan tadi sehingga lumat.

    Kemudian masukkan kelapa parut.

    Perasakan dengan garam,gula dan
    perasa.

    Kemudian masukkan 1 sudu besar
    sos pasta Daun Selasih & Bawang
    Putih @kimballmy

  • Cuci bersih lada solok dan potong
    bahagian tengahnya.

    Sumbat isi ikan dan bahan-bahan
    yang ditumbuk tadi ke dalam lada
    sehingga penuh.

    Akhir sekali, masukkan santan pekat
    ke dalam periuk, kemudian susun
    lada solok tadi dan kukus / rebus
    sehingga masak.

    juga dimakan bersama-sama nasi putih, nasi kerabu atau ratah
    macam tu je.

Calon Zon Pantai Timur
Pasta Ala Malaysia Terbaik

PANTAI TIMUR

Laksam Kuah
Lemak Tomato Cili
Pedas

by suhaida_aziz258

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan Laksam:

    500 g tepung beras

    2 sdb Tepung gandum

    1000 ml Air sejuk

    1000 ml Air panas

    Minyak masak (sapuan)

  • Bahan bahan Kuah Lemak:

    600 g Ikan kembung (rebus dengan
    3 keping asam keping dan garam)

    ½ kg Santan segar pekat

    1 sdk Lada hitam (tumbuk)

    2 keping Asam keping

  • 2 sdb SOS PASTA TOMATO CILI PEDAS KIMBALL

    Garam

    Gula

    Air rebusan ikan

  • Bahan kisar:

    1 biji Bawang besar

    ½ inci halia

  • Bahan lain:

    Sambal Cili

    Ulam hiris (timun, bunga kantan, kacang
    panjang)

    Taugeh

Cara Penyediaan

  • Untuk laksam, sediakan periuk
    pengukus berisi air dan masak
    hingga mendidih. Dalam mangkuk,
    satukan semua bahan, kacau
    sebati. Ambil penutup periuk dan
    sapu dengan sedikit minyak masak,
    kemudian panaskan seketika tutup
    periuk didalam pengukus. Tuang 1
    senduk besar diatas tutup periuk
    tadi dan biarkan kukus selama 3
    minit atau bila adunan
    menggelembung, bolehlah
    diangkat. Gulung laksam ketika

  • panas dan ulang langkah yang
    sama, buat hingga adunan habis.
    Laksam yang sudah sejuk boleh
    dipotong kecil.

    Untuk Kuah Lemak, asingkan isi ikan
    rebus dan tulang. Kisar isi ikan
    bersama air rebusan ikan. Tuang
    kedalam periuk. Kisar pula tulang
    bersama air rebusan ikan dan tapis
    dalam periuk. Tambahkan bahan
    kisar, SOS PASTA TOMATO CILI PEDAS
    KIMBALL, santan, lada hitam, garam,
    gula dan asam keping. Masak
    hingga kuah mendidih.

    Sedia dinikmati bersama laksam,
    ulam dan sambal cili.

Calon Zon Pantai Timur
Pasta Ala Malaysia Terbaik

PANTAI TIMUR

Spaghetti Ayam
Percik

by lensa.zahra

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 120 g KIMBALL Spaghetti Pasta

    Dada ayam tanpa tulang

    Tin KIMBALL Sos Pasta Tomato Cili
    Pedas

    1 sdb cili giling

    150 ml santan

    Garam & Gula perang secukupnya

    Chili flakes

    Daun ketumbar

  • Bahan² Kisar Halus :

    5 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    1 inci halia

    1 inci kunyit

    1 btg serai

Cara Penyediaan

  • Masak KIMBALL Spaghetti Pasta
    sesuai arahan pada paket.

    Tumis bahan² kisar hingga wangi.
    Tambahkan cili giling. Tumis hingga
    masak.

    Masukkan KIMBALL Sos Pasta
    Tomato Cili Pedas dan santan.
    Kacau sebati.

  • Tambahkan garam dan gula
    perang secukupnya. Kacau sebati.

    Masukkan ayam. Kacau sekali
    sekala hingga ayam masak.

    Angkat ayam kemudian bakar
    sambil disapu kuah percik.

    Taburkan chilli flakes dan daun
    ketumbar ke atas spaghetti
    kemudian hidangkan bersama
    ayam dan kuah percik.

Calon Zon Pantai Timur
Pasta Ala Malaysia Terbaik

SELATAN

Kacang Pool

by Anie Hamid

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 200gm daging kisar/cincang - cuci
    bersih dan tos

    1 tin Kimball Sos Pasta tomato tradisional

    Minyak masak

    Minyak sapi

    Mentega

    Garam

    Serbuk perasa

    Gula melaka

  • BAHAN KACANG (lenyek jangan terlalu
    lumat)

    1 tin kacang foul kimball

    100gm kacang panggang (tin)

    100gm kacang merah (tin)

  • BAHAN KISAR

    1-2 biji bawang merah

    3 ulas bawang putih

    2 inci halia

  • BAHAN REMPAH

    1 sudu kecil rempah kurma

    1 sudu kecil rempah kari ikan

    2 sudu kecil rempah kari daging

    1 sudu besar serbuk ketumbar, jintan
    manis, jintan putih

  • BAHAN SAMPINGAN

    Roti di sapu mentega dan di panggang

    Telur goreng mata

    Hirisan cili hijau

    Hirisan bawang merah

    Limau kasturi

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak, minyak sapi dan
    mentega. Tumis bahan kisar hingga
    wangi. Masukkan daging cincang.
    Masak hingga daging berubah
    warna.

    masukkan bahan rempah, gaul
    sekata. Perasakan dengan garam,
    serbuk perasa dan gula melaka.

  • Masukkan kacang-kacang yang
    telah di lenyek. Gaul sebati.
    Tuangkan Kimball sos pasta
    Tomato Tradisional, tambahkan air
    kalau terlalu pekat.

    Kecilkan api, masak hingga pekat
    dan sesuaikan rasa mengikut
    citarasa masing-masing.

    Hidangkan kacang pool dengan
    bahan sampingan.

Calon Zon Selatan
Pasta Ala Malaysia Terbaik

SELATAN

Asam Pedas
Melaka

by Hana Hana

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak masak

    ½ tin sos pasta tomato tradisional

    1 sdk pes asam jawa

    3 biji bawang besar

    4 ulas bawang putih

    1 jari kunyit hidup

    1 inci halia

    4 helai daun limau purut

    2 batang serai

    Secekak daun kesom

  • 20 biji cili kering (pedas)

    1 ekor ikan merah (1-1/2kg)

    10 biji kacang bendi

    15 biji tomato ceri

    1 sdk ketumbar

    1 sdk jintan manis

    1 sdk halba

    1 sdk belacan

    1 sdk lada hitam

    2-3 cawan air

    Garam dan perisa secukupnya

Cara Penyediaan

  • Kisar

    Cili kering , 3 biji bawang besar , 2
    ulas bawang putih , belacan , lada
    hitam , kunyit , halia dan jintan
    manis.

  • Ketuk dan hiris

    Sebiji bawang besar dan 2 ulas
    bawang putih dihiris.

    Serai diketuk.

  • Panaskan minyak

    Tumis halba seketika diikuti hirisan
    bawang dan serai sehingga layu
    dan bearoma wangi

  • Masukkan bahan kisar dan sos
    pasta tomato tradisional dan
    masak sehingga pecah minyak.

    Tambahkan pes asam jawa dan air..
    masak sehingga mendidih.

    Masukkan ikan , kacang bendi ,
    bunga kantan , daun limau purut
    dan daun kesum.

    Masak sehingga mendidih ,
    kemudian tambahkan garam dan
    perisa secukupnya.

    Masukkan tomato dan masak
    seketika lagi.

    Sedia untuk dihidang.

Calon Zon Selatan
Pasta Ala Malaysia Terbaik

SELATAN

Lontong Johor

by kristygourmet

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1/2 packet Kimball Penne

    Cabbage, cut small

    Carrot, cut small

    Long Beans, cut small

    Tofu, diced & fried till golden Brown

    Glass noodle, soaked

    BeanCurd Sheet, soaked

    100ml Coconut Milk

    1 tin Kimball Ayam~nara

    500ml water

    Salt to taste

    Sugar to taste

  • 1 tspn mushroom granule

    1 inch galangal

    1 stalk lemongrass

    Hard boiled Eggs

    Tempeh, sliced & fried till golden Brown

  • Blended Paste :

    1 onion

    4 cloves garlic

    1 inch ginger

    1 inch fresh turmeric

    4 pcs candle nuts

    2 TB dried shrimps, soaked

Cara Penyediaan

  • Preheat a pot of water, bring to boil
    and then cook Penne with some salt
    till softened. Drain and mix with
    some olive oil. Stir well and set
    aside.

    Preheat a wok or pan with some
    cooking oil, saute blended paste till
    fragrant. Add in extra cooking oil if
    needed.

    Stir in galangal, lemongrass,
    cabbage, carrot & tofu till well
    mixed. Add in water and bring it to
    boil. Let it cook for 5 minutes over
    mediium heat.

  • Now, add in long beans, glass
    noodles, beancurd sheet, salt, sugar,
    granule, coconut milk & Kimball
    Carbonara. Let it boil for another 5
    minutes or till everything becomes
    softened. Once done, off the heat.

    Serve Penne along with Kuah
    Lontong, hard boiled eggs, fried
    tempeh and sambal.

Calon Zon Selatan
Pasta Ala Malaysia Terbaik

SELATAN

Pasta Bandung
Claypot

by sarmilasharif

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • 300 g Angel Hair. Rebus ikut arahan pada
    pek

  • Bahan Bahan Pes Mee Bandung

    4 biji bawang merah. kisar

    3 ulas bawang putih. Hingga kisar

    3 sudu besar udang kering

    3 sudu besar cili kisar

    1/2 cawan kacang tanah. Goreng dan
    kisar halus

    1/2 tin Sos Pasta Tomato Traditional
    Kimball

    Gula, garam dan serbuk perasa.

  • 300 g Angel Hair. Rebus ikut arahan pada pek

  • Bahan Bahan Lain

    200 g daging. Rebus hingga empuk dan
    simpan air rebusan daging.

    1 pokok sayur sawi

    1 keping tauhu. Goreng potong nipis

    2 biji telur

    Daun sup

    Bawang goreng

    Limau kasturi

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak, tumis bahan
    kisar hingga wangi. Masukkan cili
    kisar. Tumis hingga pecah minyak.

    Masukkan Sos Pasta Tomato
    Traditional dan kacang tanah kisar.
    Kacau sebati. Masukkan sedikit air.

    Masukkan gula, garam dan serbuk
    perasa.

    Masak pes hingga betul2 pekat dan
    agak kering.

  • Panaskan periuk claypot. Masukkan
    air rebusan daging. Masukkan pes
    mee bandung.

    Kacau sebati hingga mendidih.

    Masukkan angel hair, hirisan daging,
    sayur sawi. Pecahkan telur
    perlahan2. Tak perlu dikacau.

    Hidangkan panas2 bersama tauhu
    goreng, taburan bawang goreng
    daun sup, dan hirisan limau.

Calon Zon Selatan
Pasta Ala Malaysia Terbaik

  • Terengganu
    Fettuccine
    Kuah Lemak
    Putih

  • Solok Lada
    ala Kimball

  • Laksam Kuah
    Lemak Tomato
    Cili Pedas

  • Spahgetti
    Ayam Percik

  • Kacang Pool

  • Asam Pedas
    Melaka

  • Lontong
    Johor

  • Pasta Bandung
    Claypot

SABAH & SARAWAK

Mac & Cheese
Laksa Sarawak

by cahayanurcahayanur

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • (2–3 orang makan)

    1 mangkuk kecil makaroni KIMBALL

    Air, garam & sedikit minyak (untuk
    rebus makaroni)

    2 sudu besar butter

    ½ tin KIMBALL Sos Pasta Nara

    4 sudu besar KIMBALL Sos Ayam Nara

    ½ tin KIMBALL Sos Cendawan

    1 sudu besar pes laksa Sarawak

  • 1½ cawan susu full cream

    ½ cawan cooking cream

    2 sudu besar cream cheese

    2 keping cheddar cheese

    1 sudu besar rempah/herba ratus

    Garam secukup rasa

    Mozzarella cheese (untuk topping)

    Parmesan cheese (untuk topping)

Cara Penyediaan

  • Langkah 1 – Rebus makaroni

    Didihkan air bersama sedikit garam
    & minyak.

    Masukkan makaroni KIMBALL, rebus
    hingga lembut.

    Toskan air, ketepikan.

  • Langkah 2 – Sediakan sos berkrim

    Dalam bekas aluminium/loyang
    (boleh masuk oven atau airfryer),
    cairkan butter.

    Masukkan: Sos Pasta Nara, Sos
    Ayam Nara, Sos Cendawan, Pes
    laksa Sarawak, Susu full cream,
    Cooking cream, Cream cheese,
    Cheddar cheese, Rempah/herba
    ratus, Garam secukup rasa.

    Gaul hingga sebati.

  • Langkah 3 – Campur makaroni

    Masukkan makaroni yang sudah
    ditos ke dalam sos.

    Gaul rata hingga semua makaroni
    bersalut sos berkrim.

  • Langkah 4 – Tabur & bakar

    Tabur mozzarella cheese dan
    parmesan cheese di atasnya.

    Masukkan dalam oven/airfryer
    pada suhu 190°C selama 8 minit.

    Jika suka topping keju lebih rangup,
    tambah lagi 4 minit masa bakar.

Calon Zon Sabah & Sarawak
Pasta Ala Malaysia Terbaik

Sabah Manuk
Ballahan Lahad

by Nurul Akma Ma

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Ayam

    3 sudu kimball sos pasta tomato
    cendawan

    2 biji kentang/labu kundur

    1 batang serai

    Air

    Garam secukup rasa

    Gula secukup rasa

    Minyak

  • BAHAN KISAR/TUMBUK

    3 ulas bawang putih

    5 ulas bawang merah

    3 cm kunyit hidup

    3 cm halia

    10 biji cili padi

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak dan tumis bahan
    kisar dan serai yamg diketuk hingga
    wangi.

    Masukkan ayam dan kacau rata.

    Tambahkan air. Biarkan hingga
    mendidih.

    Masukkan kentang/ labu kundur,
    dan masak sehingga ayam
    menjadi empuk.

  • Masukkan kimball sos pasta tomato
    cendawan, garam, dan gula.

    Kacau sebati dan siap untuk
    dihidang.

Calon Zon Sabah & Sarawak
Pasta Ala Malaysia Terbaik

Sarawak Tomato
Kuey Teow Twist

by Seet Wc

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • Kimball Fettuccine

    1 tbsp Sweet soy sauce

    1 Clove Garlic, minced

    Half Chicken Breast, sliced

    4 Prawns

    Handful of Choy Sum

    2½ tbsp Kimball Traditional Tomato pasta
    sauce

    1 tsp Oyster sauce

    Salt & season with salt and pepper White
    pepper to taste

    Corn starch mix with water

    Oil

Cara Penyediaan

  • Fry cooked fettuccine in high heat
    with a little oil, adding Sweet Soy
    Sauce until evenly coated.

    Transfer to a plate. Using the same
    pan, add a little more oil and saute
    garlic with chicken, follow by
    prawns.

    When the prawns and chicken are
    seared on both sides, season with
    salt, followed by tomato pasta
    sauce and oyster sauce.

  • Bring sauce to boil and add Choy
    sum. Thicken with cornstarch and
    simmer for another minute or two
    until everything is cooked.

    Turn off heat and pour the sauce
    over the fettuccine.

    Finish with some white pepper and
    serve immediately.

Calon Zon Sabah & Sarawak
Pasta Ala Malaysia Terbaik

Sabah Kimball
Hinava Ayam Nara

by mrs_peija

*Untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bahan-bahan:

  • A. Hinava Ayam (gaya Sabah):

    1 cawan isi ayam rebus/carik atau ikan
    tengiri jika suka

    1 biji bawang besar (hiris halus)

    1 biji cili merah & 2 cili padi (hiris)

    1 batang serai (hiris halus)

    1 inci halia muda (hiris nipis)

    Jus limau kasturi/lemon (3–4 biji)

    Sedikit garam & gula jika perlu

    Daun ketumbar secukupnya

    Bunga kantan hiris nipis

    Lobak merah hiris

  • B. Pasta Kimball:

    1/2 tin Kimball Sos Ayam Nara
    (Carbonara)

    5100g pasta (spaghetti/spiral/macaroni)–
    rebus & tos

    Sedikit susu cair atau air panas (jika
    perlu cairkan sos)

Cara Penyediaan

  • Satukan ayam carik, bawang, cili,
    serai, halia, bunga kantan,lobak
    merah & jus limau. Perasakan
    dengan garam & sedikit gula. Gaul
    rata. Rehatkan dalam peti sejuk
    10–15 minit.

    Panaskan Sos Ayam Nara kimball,
    campur sedikit susu atau air jika
    pekat. Tuang atas pasta yang dah
    direbus bersama hinava ayam tadi
    gaul rata.

  • Hidang pasta dan baki Hinava
    ayam nara di tepi pasta. Hias
    dengan daun ketumbar, hirisan
    limau nipis dan tomato jika suka.

    Rasa lemak, masam, pedas & segar.
    Gabungan moden tradisi Sabah
    dalam satu hidangan.

Calon Zon Sabah & Sarawak
Pasta Ala Malaysia Terbaik

  • Mac & Cheese
    Laksa Sarawak

  • Sabah Manuk
    Ballahan Lahad

  • Sarawak Tomato
    Kuey Teow Twist

  • Sabah
    Kimball Hinava
    Ayam Nara

Muat Turun
PDF

  • BERHUBUNG
  • MENGENAI KIMBALL
  • PRODUK
  • SOS
  • SOS PASTA
  • PASTA KERING
  • MAYONIS
  • KACANG
  • LAIN-LAIN
  • RESIPI
  • SEAFOOD
  • RICE
  • ASIAN
  • SAJIAN PASTA
  • WESTERN
  • RESIPI KEJU
  • SARAPAN PAGI
  • MAKAN TENGAH HARI
  • MAKAN MALAM
  • MINUM PETANG
  • RESIPI RAMADAN
  • RESIPI RAYA
HAK MILIK © 2025 CAMPBELL SOUP SOUTHEAST ASIA SDN. BHD.
(SEBAHAGIAN DARIPADA THE ARNOTTS' GROUP)
MAKLUMAT UNDANG-UNDANG
POLISI PRIVASI
IKUTI KAMI