Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 4 cawan stok daging
- ½ cawan Makaroni Kimball
- ½ lobak merah, dipotong dadu
- 1 biji kentang, dipotong dadu
- 1 batang saderi, dipotong dadu
- ½ cawan Kacang Kuda Kimball
- 2 ulas bawang putih, dihancur
- ½ cawan Sos Spagheti Selasih & Bawang Putih Kimball
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam
Cara-caranya
- Didihkan stok daging dalam periuk.
- Masukkan Makaroni Kimball ke dalam stok dan didihkan.
- Masukkan lobak merah, kentang, saderi, Kacang Kuda Kimball dan bawang putih.
- Tuangkan Sos Spagheti Selasih & Bawang Putih Kimball, perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
- Tutup periuk dan masak 6 minit.
- Boleh dinikmati dengan sup, pencicah atau pelengkap hidangan.