Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/11/recipe-standard-size-23.jpg)
Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak masak
- 30g bawang merah, dicincang halus
- 20g bawang putih, dicincang halus
- 150g jejari ketam, dipotong 3 cm
- 1 biji telur
- 2 keping tauhu, dipotong dadu
- 100g Sos Spageti Cendawan Kimball
- 30g Sos Cili Kimball
- 30g Sos Berperisa Tiram Kimball
- 20g kicap pekat
- 400g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 50g tauge, dibuang ekor
- 20g daun kucai, dipotong 1 inci panjang
- Garam, secukup rasa
- Gula, secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan jejari ketam.
- Masukkan telur, tauhu, Sos Spageti Cendawan Kimball, Sos Cili Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball, kicap pekat dan Angel Hair Kimball. Kacau sehingga sebati.
- Campurkan taugeh, daun kucai, garam dan gula secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
- Tip dari Chef: Sebagai hiasan, anda boleh taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.