Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
20 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
20 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/11/recipe-standard-size-22.jpg)
Bahan-bahan
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 30gm bawang putih, dicincang halus
- 50g bawang merah, dicincang halus
- 300g daging ayam, dikisar
- 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
- 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 100g lobak merah, dipotong dadu
- 100g batang daun saderi, dipotong dadu
- 20 biji cili padi, dipotong kecil
- 5 helai daun selasih, dihiris kecil
- 400g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
Cara-caranya
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan daging ayam hingga wangi. Kacau seketika.
- Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball, Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball, Sos Cili Kimball, lobak merah dan saderi.
- Masukkan cili padi dan daun selasih.
- Masak hingga sos pekat dan tuang ke atas Spageti Kimball.
- Sedia untuk dihidangkan.
- Tip dari Chef: Jika inginkan sos yang kurang pedas, anda boleh kurangkan cili padi.