Masa Penyediaan
                            15 minit
Masa Memasak
                            10 minit
Saiz Hidangan
                            4 hidangan
                Bahan-bahan
- 4 Sudu Besar Sos Cili Kimball
 - 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
 - 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
 - 120g Angel Hair Kimball, masak ikut arahan pada paket
 - Minyak untuk menggoreng
 - 50g Bawang besar, dihiris nipis
 - 80g Nanas, dihirs nipis
 - ½ Cawan Daun pudina, dihirs nipis
 - ½ Cawan Daun laksa, dihirs nipis
 - 3 Sudu Besar Bunga kantan, dicincang halus
 - 2 Biji Cili padi, dibuang biji dan dicincang halus
 - 1 Tin/230g Ikan sardin dalam tin, toskan kuahnya
 - 4 Biji Limau nipis
 
- Timun, dihiris nipis
 - Nanas, dihiris nipis
 - Bunga kantan, dihiris nipis
 - Cili merah, dihiris nipis
 
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, nanas, daun pudina, daun laksa, bunga kantan dan cili padi sehingga wangi.
 - Seterusnya, masukkan sardine dan hancurkan sedikit. Tambah Sos-Sos Kimball dan kacau sehingga sebati.
 - Akhirnya, masukkan Angel Hair Kimball dan kacau sehingga sebati, perahkan jus limau nipis ke dalam pasta goreng dan kacau lagi.
 - Angkat dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan mengikut kesukaan. Hidangkan panas.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook