Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- 1Kg Kepak Ayam
- 2 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Chili Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 20g Bawang Putih
- 60g Bawang Merah
- 20g Lengkuas
- 10g Kunyit Segar
- 2 Batang Serai, Bahagian Putih
- 2 Sudu Teh Madu
Cara-caranya
- Untuk menyediakan kepak ayam, toreh bahagian tengah kepak dan drummet, ketepikan.
- Kisarkan bahan-bahan untuk perapan ayam sehingga menjadi pes halus.
- Salutkan kepak ayam dengan pes halus. Tutup dan perap semalam di dalam peti sejuk.
- Akhirnya, bakar ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200˚C selama 15-20 minit atau sehingga kepak ayam masak sepenuhnya.