Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
10 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
3 jam & 15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/bbq-beef-ribs.jpg)
Bahan-bahan
- 1.5kg daging rusuk lembu
- ½ cawan Sos BBQ Kimball
- Bahan A (Campur bersama)
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 2 sudu kecil serbuk jintan putih
- 2 sudu besar gula merah
Cara-caranya
- Sapukan rata Bahan A pada daging dan letakkan daging atas dulang pembakar beralas kerajang aluminum. Kemudian, tutupkan daging dengan kerajang aluminum dan lipat tutup tepi kerajang dengan kemas.
- Panggang daging dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 125°C selama 3 jam sehingga empuk.
- Angkat, buang kerajang atas dan sapukan Sos BBQ Kimball pada daging.
- Naikkan suhu oven kepada 180°C dan panggangkan daging selama 15 minit sehingga perang.