Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

2–3 hidangan

Bahan-bahan
- 1 tin Sos Pasta Buttermilk Kimball
- 125g Fettuccine Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Mentega
- 250g Udang tanpa kulit, dibuang urat dan simpan ekor
- 60g Kubis, dihiris jalur halus
- 3 tangkai Daun kari
- 1 biji Cili merah, dihiris serong
- ½ sudu teh Serbuk lada hitam kasar
- 1 cawan Air
Cara-caranya
- Panaskan mentega di dalam kuali dan tumis udang sehingga masak dengan sepenuhnya.
- Kemudian, masukkan kubis, daun kari, cili merah dan serbuk lada hitam, gaul sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan Fettuccine Kimball, Sos Pasta Buttermilk Kimball dan air, kacau sehingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.