Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
2 burger
Bahan-bahan
- Untuk Sos Keju
- 1 cawan Sos Keju Kimball 1kg
- ½ sudu besar Sos BBQ Kimball 1kg
- 1 sudu teh Serbuk cili
- ½ sudu teh Pes cili
- ¼ sudu teh Serbuk lada putih
- Garam secukup rasa
- Untuk Pati Daging
- 4 sudu besar Minyak masak (untuk goreng bawang)
- ½ cawan Bawang Bombay dicincang
- 600 g Daging dicincang
- ¼ Serbuk roti
- ¼ sudu teh Lada hitam
- ½ sudu teh Garam
- ½ sudu teh Gula
- Minyak masak
- 2 Roti burger (dibelah 2 dan bakar)
- 2 keping Keju Cheddar
- 4 keping Daun salad
- 4 keping Tomato
- 6 keping Timun
Cara-caranya
- Untuk menyedia sos keju, campurkan bahan-bahan sos keju sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk menyedia pati daging, panaskanminyany masak dan goreng bawang sehingga kuning keemasan. Tuangkan bawang dan minyak ke dalam daging. Campurkan daging dengan bahan-bahan perasa. Biarkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentukkan bulat rata. Panaskan minyak masak dan goreng pati daging selama 8-10 minit kedua-dua bahagian atau sehingga masak penuh.
- Untuk membentuk burger, letakkan pati daging dan sos keju diikuti pati lapis kedua, sos keju, daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato di atas roti burger. Akhirnya, tutup dengan roti burger. Hidangkan.