Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin Kimball Sos Pasta Keju-nara
- 200g Pasta Kimball Spageti, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 100g Kepingan Tuna
- 60g Kacang Buncis, Dihiris
- ½ Cawan Air
- 40g Bawang Merah Kecil
- 5g Halia
- 5g Kunyit
- 5g Bunga Kantan
- 20 Keping Daun Kesum
- 2 Sudu Besar Pes Cili
- 2 Sudu Teh Pes Asam Jawa
- 1 Sudu Teh Gula
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
Cara-caranya
- Masukkan semua bahan untuk dikisar ke dalam pemproses makanan dan kisar hingga menjadi pes yang halus.
- Tuangkan pes ke dalam kuali dan tumis hingga wangi. Masukkan kepingan tuna dan kacang buncis, gaul sehingga sebati.
- Tuangkan Sos Pasta Kimball Keju-nara dan air, kemudian gaul seketika. Masukkan Pasta Kimball Spageti dan gaul sehingga spageti disaluti dengan sos sepenuhnya. Angkat dan hidangkan segera.
Kongsi di Facebook