Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

10 sosej roll

Bahan-bahan
- Untuk Adunan Corn Dog
- 2 cawan Cornmeal
- 1 ⅓ cawan Tepung gandum
- 1 sudu besar Gula
- 1 ½ sudu besar Serbuk penaik
- 1 sudu teh Garam
- 1 biji Telur
- 2 cawan Susu
- 2 sudu besar Minyak sayuran
- 10 batang Sosej
- 10 batang Lidi buluh
- Minyak masak
- Untuk Sos Keju
- 2 cawan Sos Keju Kimball 1kg
- ½ sudu teh Paprika
- ¼ sudu teh Garam
- Lada hitam
- Hiasan
- ½ cawan Mayonis Kimball (ikut pilihan)
- ½ cawan Sos Cili Kimball (ikut pilihan)
Cara-caranya
- Untuk menyediakan adunan corn dog, pukulkan bahan-bahan adunan sehingga sebati. Biarkan selama 15 minit.
- Untuk menyediakan sos keju, campurkan Sos Keju Kimball 1kg dengan paprika, garam dan lada hitam sehingga sebati.
- Untuk menyediakan corn dog, cucukkan sosej dengan lidi buluh dan balut adunan dengan sosej. Goreng didalam minyak yang penuh selama 5 minit atau sehingga warna keemasan. Taburkan sos keju di atas dan hidangkan panas.
Tip cef: Cornmeal boleh digantikan dengan serbuk roti