Masa Penyediaan
                            20 minit
Masa Memasak
                            10 minit
Saiz Hidangan
                            4 orang
                Bahan-bahan
- 4 biji telur
 - 1 sudu besar susu segar
 - 2 sudu besar mentega
 - Sedikit minyak zaitun
 - 1 cawan cendawan shiitake, dihiris nipis
 - 2 cawan nasi panas
 - 3 sudu besar Mayonis Kimball
 - 1 sudu besar jus lemon
 - 1/2 sudu kecil minyak bijan
 - 1/2 cawan lobak merah, dicincang halus
 - 2 keping dada ayam, digoreng
 - Sos Cili Kimball, secukupnya
 - garam, secukup rasa
 - serbuk lada hitam, secukup rasa
 
Cara-caranya
- Pukul telur, susu, garam dan lada hitam hingga sebati.
 - Panaskan minyak zaitun dan mentega, dadarkan telur sebanyak dua keping sebesar pinggan.
 - Panaskan minyak zaitun, goreng cendawan shiitake sehingga masak. Tambah garam dan lada hitam.
 - Siatkan dada ayam secara memanjang, ketepikan.
 - Gaul nasi panas, Mayonis Kimball, jus lemon, minyak bijan, lobak merah, garam dan lada hitam.
 - Di atas tikar sushi, letak sekeping telur dadar, ratakan nasi sushi, susun kepingan ayam dan cendawan.
 - Tuangkan Cili Sos Kimball di atasnya. Gulung perlahan dan padat. Potong dengan pisau dan hidangkan.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook